SEPARA® Syringless Filter adalah peranti penyediaan sampel dengan hanya satu langkah dan mengabungkan vial, membran penapisan, dan penutup / septa. Peranti ini terdiri daripada dua bahagian: botol dalaman dengan membran dan vial luaran untuk diisi dengan filtrat. Botol dalaman mempunyai membran dan penutup dengan septa.
Cecair itu diletakkan di dalam vial luaran dan dimasukan dengan menekan botol dalaman. Ini mendorong cecair melalui membran. Sampel kemudian ditapis dan SEPARA siap diletak dalam auto-sampler.
Ciri-ciri:
Jimat wang – Tidak memerlukan penggunaan picagari, penapis picagari, vial dan septa, mengurangkan kos penyediaan sampel sebanyak 50%
Jimat masa pengendali - 15 saat SEPARA® Press & Go!, berbanding 3 minit dengan kaedah penyediaan sampel konvensional
Mempercepat proses dengan automasi yang efisien - Direka dan sesuai untuk digunakan dengan semua HPLC atau UHPLC auto-sampler
Menjimatkan sampel yang mahal - Mulakan dengan jumlah sampel yang lebih sedikit; isipadu tertinggal hanya serendah 30 mikroliter (μL)
Mengurangkan risiko pencemaran bersilang - Tiada langkah-langkah untuk memindahkan sampel antara peranti berlainan
Panjangkan jangka hayat kolum dan jarum auto-sampler - Mengurangkan risiko tersumbat dan tekanan balik bertambah
Meningkatkan keselamatan operator - Proses satu langkah lebih selamat
Kurangkan kesilapan pengenalan - Penutup berkod warna mengikut jenis membran dan saiz liang
Spesifikasi teknikal:
Dimensi |
12 mm diameter x 32 mm tinggi |
Bahan |
Polipropilena, dengan PTFE dan septa silicon |
Garis Isian Isipadu |
480 microliter |
Kapasiti Penapisan |
450 microliter |
Isipadu Tertinggal |
30 microliter |
Daya Mampatan |
8 psi (0.6 bar) |
Suhu Operasi Maksimum |
50°C |
Aplikasi:
Kod Produk | Saiz Liang | Warna | Pakej | Kesterilan |
---|---|---|---|---|
MV32ANPPV002FC01 | 0.20μm | Yellow | 100/pek |
Tidak |
MV32ANPPV004IC01 | 0.45μm | Orange | 100/pek |
Tidak |