Kumpulan GVS adalah salah satu pengeluar terkemuka di dunia membran mikro-poros, membrane trek terukir dan mikrofiltrasi untuk aplikasi dalam bidang Kesihatan, Automotif, Sains Hidupan, Perlindungan Diri, Industri Hvac dan Peralatan, sukan lasak dan kenderaan pengangkutan besar komersial.
GVS menghasilkan pelbagai jenis filter dan komponen di semua bahagian, serta reka bentuk OEM yang dipesan khas. GVS telah membangunkan struktur pembuatan yang fleksibel dan dinamik dengan kemahiran teknologi yang maju.
Selama lebih dari 35 tahun, GVS tertumpu pada produk inovasi dan proses pengeluarannya dengan terus meningkatkan keupayaan produk penbangunannya untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan sokongan terbaik untuk pelanggannya.
Kumpulan GVS telah menunjukkan kecenderungan yang kuat untuk pengembangan ke pasaran global sejak ditubuhkan. Melalui ibu pejabat dan anak syarikat Korporat GVS di seluruh dunia, GVS telah membina rangkaian perdagangan dan pembuatan untuk menyokong pelanggan tempatannya dengan menawarkan sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang lebih berkesan dan cekap.
Dalam pasaran teknologi tinggi dan keselamatan kritikal, GVS memahami pentingnya untuk bekerjasama di peringkat tempatan dengan pelanggannya di samping berhubung terus dengan ibu pejabat mereka di seluruh dunia. Dengan pendekatan ini GVS dapat berkongsi penyelesaian inovatif untuk masalah di seluruh rangkaian antarabangsa mereka.
GVS kini mempunyai kilang pembuatan di lokasi berikut: Itali (3), UK (1), Brazil (1), AS (4), China (2) dan Romania (1) serta pejabat di Jerman, Rusia, Turki, Argentina , Jepun, Korea, India dan Malaysia.