Mengenai GVS

Kumpulan GVS adalah salah satu pengeluar penapis yang terkemuka di dunia untuk aplikasi dalam sektor Kesihatan & Sains Hayat, Tenaga & Mobiliti dan Kesihatan & Keselamatan. Teknologi GVS menekankan kesihatan dan keselamatan di persekitaran yang terkawal.

Sepanjang 40 tahun, GVS telah berkembang dari membuat komponen untuk sektor kesihatan sehingga menjadi syarikat global yang menyediakan pelbagai penyelesaian berdasarkan penapisan berteknologi tinggi. Kami sentiasa memberi tumpuan kepada penyelidikan, penbangunan dan inovasi dalam produk dan proses pengeluaran kami, dengan sentiasa meningkatkan kemampuan kami untuk menawarkan penyelesaian demi memenuhi keperluan pelanggan secare berkesan.

Kumpulan GVS menumpukan kepada globalisasi dengan membuka 13 kilang pembuatan yang terletak di Itali, UK, Brazil, Amerika Syarikat, China, Mexico dan Romania, serta 6 pejabat penjualan di Rusia, Turki, Argentina, Jepun, China, Korea dan terbaru di Malaysia.


Pelbagai produk dan kepakaran reka bentuk mengikut permintaan

GVS menghasilkan pelbagai jenis bahan penapis, penapis dan komponen di luar produk sedia ada pada semua bahagian pengeluarannya, yang membolehkan pelanggannya menyingkatkan masa reka bentuk untuk pelancaran produk baru.

Semua bahagian di GVS bekerja dalam persekitaran yang terkawal dan dengan itu menghasilkan standard kualiti yang sangat tinggi.

Dari konsep produk dan reka bentuk sehingga pengujian dan pengeluaran besar-besaran, GVS dapat menawarkan perkhidmatan yang sangat efisien dan spesifik untuk memenuhi keperluan pelanggannya disebabkan pusat penyelidikan dan penbangunannya yang terletak di seluruh dunia.


Struktur yang dinamik dan fleksibel

GVS telah membangunkan struktur yang kemas, dinamik dan berteknologi maju yang membolehkan syarikat mencapai pertumbuhan yang berterusan dan seimbang. Kumpulan GVS sekarang mempunyai tenaga kerja seramai 2,500 orang yang bekerja di jabatan pemasangan automatik, barisan untuk pengeluaran dan pemprosesan membran penapis dan di bilik bersih kelas 10,000 dan 100,000.


Pertumbuhan Global

Sejak penubuhannya, Kumpulan GVS telah menunjukkan kecenderungan yang sungguh untuk pengembangan di pasaran global.

Melalui ibu pejabatnya di Bologna dan anak syarikat di seluruh dunia, GVS telah membina rangkaian perdagangan dan pembuatan untuk menyokong pelanggannya dengan menawarkan sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang lebih berkesan dan cekap.

Dalam sektor yang teknologi tinggi dan keselamatan kritikal, GVS menganggap pendekatan "glokal" sangat penting. Pendekatan ini menawarkan kemampuan untuk bekerja secara tempatan dengan pelanggan, dan juga terus berkomunikasi dengan pejabat mereka di peringkat global.

GVS kini mempunyai kilang pembuatan di Itali (3), United Kingdom (1), Brazil (1), Amerika Syarikat (4), China (2), Mexico (1) dan Romania (1) serta 6 pejabat bertempat di Argentina, Russia, Turkey, Japan, Korea and China.




  • Ibu pejabat: Bologna Italy
  • Ditubuhkan: 1979
  • Tenaga Kerja: Melebihi 2,500 pekerja seluruh global
  • 3 Bahagian
  • 19 Pejabat Jualan
  • Kilang: 13
Sejarah

GVS ditubuhkan pada tahun 1979 dan pada mulanya menumpukan pada pengeluaran perubatan penapis darah. Syarikat itu kemudian berkembang dalam pengeluaran pelbagai produk hak cipta sendiri, dengan itu pantas memperoleh kejayaan dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Syarikat ini ditubuhkan oleh Grazia Valentini dengan sokongan ayahnya Renato, salah seorang pereka acuan suntikan pertama di Itali. Di antara mereka telah membangunkan teknik inovatif pengacuan automatik pada penekan mendatar yang pertama dan ini adalah asas-asas di mana teknologi syarikat sekarang didasarkan.

Kerja yang dilakukan di sektor keselamatan kritikal seperti sektor Automotif (sistem brek ABS), sektor Perubatan (penapisan darah), Sains Hayat (diagnostik dan bioteknologi), Keselamatan dan Biobahaya (perlindungan pernafasan dan antivirus), Penapisan Molekul (perlindungan kimia) telah mendorong GVS terhadap inovasi dan peningkatan kualiti produk secara berterusan. GVS hari ini dilihat sebagai kumpulan yang mempunyai tradisi menekankan kualiti dan inovasi teknologi tinggi dalam reka bentuk dan bahan yang digunakan, dan ciri inilah yang menjadi kunci kejayaan di antarabangsa.

Sepanjang sejarah penubuhannya, GVS sentiasa melabur pada tenaga pekerjanya dan mendapat manfaat daripada kemahiran, tenaga dan semangat yang mereka bawa kepada syarikat. Orang dalam perniagaan inilah yang mendorong kejayaan kumpulan. GVS mengenali kepentingan ini dan memberikan insentif untuk kreativiti pekerja sambil mengembangkan kemahiran profesional masing-masing untuk memastikan perkembangan produk dan inovasi secara berterusan.

Tahun 1979

GVS ditubuhkan oleh Cik Grazia Valentini sebagai GVS Srl yang membuat penapis untuk aplikasi perubatan.

Tahun 1983

Jabatan automotif ditubuhkan dan kilang pengeluaran yang kedua dibuka.

Tahun 1990

Kilang pembuatan yang ketiga dilancarkan.

Tahun 1993

Pembukaan subsidari di Belgrade untuk merangkumi semua pasaran di mana bekas Yugoslavia berada.

Tahun 1995

- GVS memperoleh Sijil ISO 9001: 1994 Sistem Pengurusan Kualiti.

- GVS subsidari dibuka di Buenos Aires.

Tahun 1997

GVS menerima Sijil QS 9000 dan AVSQ’94.

Tahun 1999

Menubuhkan GVS Brasil di Monte Mor, Sao Paolo, Brazil.

Tahun 2000

Pembukaan ibu pejabat baru Kumpulan GVS di Bologna.

Tahun 2001

Penukaran nama syarikat kepada GVS SpA untuk mengekalkan pertumbuhan masa hadapan. Dana ekuiti persendirian kumpulan B menyuntik modal melalui pembelian saham minoriti GVS.

Tahun 2002

Pembukaan pejabat jualan di Shanghai, China.

Memulakan kerjasama syarikat perkongsian di Tokyo, Japan.

Tahun 2003

Pelancaran pembinaan GVS Sud, kilang pengeluaran yang keempat di Manocalzati (AV), Italy.

Penubuhan cawangan baru, GVS Filter Technology Inc. di Indianapolis, USA.

Tahun 2004

Penubuhan cawangan baru di Guadalajara, Mexico.

Tahun 2005

GVS Filter Technology Inc. berpindah ke kilang pembuatan baru di USA.

GVS memperoleh Sijil ISO/TS 16949:2002 dan ISO13485 untuk sektor perubatan.

Pemegang sahan GVS membeli balik saham dari dana Kumpulan B.

Tahun 2006

Memulakan syarikat usaha sama dengan sebuah syarikat perubatan China tempatan.

Tahun 2007

Brazil: Menggandakan keupayaan pengeluaran dengan memperluas kilang pengeluaran

China: Mengambil alih 100% syarikat usaha sama perubatan China tempatan.

Tahun 2009

Ibu pejabat GVS Italy Berjaya memperoleh sijil UNI EN ISO 14001:2004.

Spain: Pengambilalihan syarikat GEMA Medical Laboratory Filtration.

Pengambilalihan syarikat Fenchurch Environmental Group di UK.

Tahun 2010

GVS memperoleh sijil ISO 9001: 2008 Sistem Pengurusan Kualiti.

Tahun 2011

Mandarin Capital Partners menyuntik modal melalui pembelian saham minoriti dari Kumpulan GVS.

Tahun 2012

Penyusunan semula organisasi kilang di Suzhou, China menjadikan kilang pembuatan tersebut bertaraf dunia.

Puerto Rico: Pengambilalihan IVEX dan barisan produk NP Medical iaitu Nutrivex Filter.

Japan: Penubuhan GVS Japan dan mengambil alih syarikat Nihon Nypro.

UK: Pengambilalihan lengkap syarikat UK Fenchurch Group.

GVS memperoleh majority saham pada syarikat Maine Manufacturing untuk memudahkan pemerolehan pengambilalihan GE Osmonic dan GE Healthcare Lifesciences

UK: Pengambilalihan 100% syarikat Remploy Ltd, pengeluar penapis HEPA (C&I Filtration Division).

Tahun 2013

USA: Membawa barisan pengeluaran Osmonic, GE Healthcare.

GVS SpA: Penerbitan Firstbond dengan pelanggan penempatan peribadi.

Tahun 2014

Penubuhan GVS Korea dan GVS Russia.

USA: Pengambilalihan Maine Manufacturing.

Tahun 2015

Pembelian balik semua Mandarin Capital Partners.

Pengembangan kilang di Italy sebesar 3000 meter per segi.

Pembinaan 8000 meter per segi kilang pengeluaran di Romania.

Penyusunan semula organisasi di kilang pengeluaran UK.

GVS melancarkan sistem rantaian bekalan baru.

Pengambilalihan 100% syarikat topeng pakai buang di Brazil oleh Bahagian Keselamatan.

Pengambilalihan lengkap syarikat SEGRE AB, sebuah kilang pengeluar topeng pakai buang di Swedish.

Kekuatan Kami
  • Penyelidikan & Pembangunan Teknologi

    Penyelidikan & Pembangunan Teknologi

    Teknologi adalah asas perniagaan GVS. Berkat mempelopori pilihan yang strategik, pelaburan besar dalam penyelidikan dan penbangunan, yang mana menyumbang sebanyak 8% dari pendapatan pada tahun 2019, dan sistem pengurusan canggih, Kumpulan GVS telah mencapai banyak kejayaan dan telah menerima banyak penghargaan antarabangsa selama bertahun-tahun.

    Komitmen Terhadap Pembangunan

    Untuk menawarkan kepada pelanggan pelbagai perkhidmatan dan produk yang berbeza kualitinya dan kepercayaan yang tinggi, GVS mengunakan peralatan dan sistem teknikal canggih untuk meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan teknologinya dan reka bentuk produk baru. Semua kilang GVS berkongsi pengetahuan inovasi ini di peringkat global, dengan itu menyumbang kepada perkembangan berterusan dan membolehkan Kumpulan GVS mengekalkan tahap kecemerlangan teknologinya.

    Pelanggan OEM disokong langkah demi langkah oleh pasukan projek teknikal, dari konsep hingga pengeluaran industri. Produk eksklusif dikembangkan secara dalaman dan menampilkan inovasi yang maju berbanding produk di pasaran antarabangsa. Proses reka bentuk ini menghasilkan sebilangan besar paten yang berdaftar dan diterima untuk ciri reka bentuk yang lebih unik dalam rangkaian produk GVS.

    Pasukan reka bentuk menggunakan membran dan bahan penapisan yang dihasilkan oleh GVS sendiri seboleh mungkin untuk menawarkan produk yang terbaik.

    Salah satu pemacu asas di sebalik penbangunan berterusan Kumpulan GVS adalah kerjasama saintifiknya yang berterusan dengan pusat penyelidikan, universiti dan makmal yang cemerlang di seluruh dunia.

    Proses ini telah mendorong Kumpulan GVS untuk memfailkan dan mendaftarkan banyak paten yang bercirikan reka bentuk yang unik dalam barisan produk GVS.

  • Kualiti & Persekitaran

    GVS adalah Kumpulan yang berorientasikan kualiti dan prosedur kualitinya kini merupakan titik permulaan untuk semua kolaborator Kumpulan GVS, yang mana sikap inovasi berterusan dan peningkatan proses pengeluaran dan organisasi, mengembangkan dan memantau sistem yang menjamin tahap kualiti yang tinggi untuk pelanggan dalaman dan luarnya.

    Kepuasan pelanggan dan latihan staf adalah tujuan utama GVS yang mana menerapkan prinsip kualiti dan peningkatan berterusan, menggunakan teknologi reka bentuk canggih, kaedah pencegahan ralat dan sistem kawalan sepanjang proses pengeluarannya untuk mengurangkan peratusan produk yang tidak mematuhi spesifikasi dan dengan itu berusaha mencapai matlamat pengeluaran yang bebas dari kecacatan 100%.

    GVS memperoleh sijil pertamanya pada tahun 1995 dan hari ini Kumpulan GVS dan syarikatnya memiliki banyak sijil di peringkat global. 9 kilang GVS mempunyai semua sijil pengeluaran yang diperlukan untuk bahagian Kesihatan & Keselamatan, yang produknya diperakui untuk diedarkan di seluruh dunia. Pensijilan utama di sektor ini adalah EN dan NIOSH, masing-masing digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat. Berkenaan dengan bahagian Tenaga & Mobiliti, semua kemudahan pengeluaran telah beralih dari perakuan lama QS9000 ke sertifikasi ISO-TS 16949 yang lebih baru dan juga dalam proses mendapatkan pensijilan alam sekitar ISO 14001. Selanjutnya, di kawasan Healthcare & Life Sciences, kilang GVS beroperasi dengan sijil ISO 13485 dan diluluskan oleh FDA. Sebilangan besar produk di bahagian ini mempunyai tanda CE atau 510k (tanda CE adalah setara dan sah dengan FDA di Amerika Syarikat), serta pendaftaran nasional untuk negara-negara tertentu di mana Kumpulan GVS beroperasi.

  • Komitmen Perusahaan

Hubungan Pelabur

PEMBANGUNAN STABIL DI PELBAGAI SEKTOR

Kumpulan GVS telah menyaksikan peningkatan yang berterusan dan ketara dalam ekonomi dan pengeluarannya pada 40 tahun ini. Hari ini perniagaan merangkumi 6 kumpulan produk dan bahagian yang berbeza merangkumi pelbagai sektor. Pada tahun 2018 Kumpulan GVS mencapai jualan sebanyak 203 juta Euro dan menghasilkan lebih daripada 1.6 bilion barang yang dijual ke 60 negara melalui rangkaian komersialnya.


PENGELUARAN DAN PENGEDARAN GLOBAL

Kumpulan GVS mempunyai strategi yang jelas untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan mengembangkan bentuk perniagaan yang sedia ada ke pasaran baru dengan menubuhkan 12 kilang pengeluarannya. Kilang-kilang ini terletak di Itali, UK, Amerika Syarikat, Brazil, China dan Romania, serta penubuhan pejabat di Rusia, Turki, Argentina, Jepun, Korea. Ibu Pejabat dan 3 kilang pembuatan di Itali telah menjana 6% daripada jumlah jualannya. Selebihnya 94% jualan adalah dari pasaran antarabangsa yang utama: Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Asia.


  • 7
    MAKMAL PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
  • 12
    BILIK BERSIH KELAS 100,000
  • 1
    BILIK BERSIH KELAS 10,000
  • 200
    MESIN INJEKSI DARI 50 HINGGA 450 TON
  • 3
    KILANG PEMBUATAN MEMBRAN, DUA DI AS DAN SATU DI EROPAH
  • 2
    MAKMAL RAWATAN PERMUKAAN MEMBRAN
  • 3
    MAKMAL PERALATAN TERSENDIRI
  • 13
    MAKMAL METROLOGI PENGUKURAN